Mr Frost (L62)

CODE PRODUK: 9789672394044

  • Berat: 0.47kg
  • RM29.90
  • STOCK:
  • 4 Unit


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Keretakan keluarga membuatkan RAIS LUTFAN menjadi manusia yang punya hati tapi tidak berperasaan. Sikap dingin dan beku dijadikan perisai untuk mengelakkan diri daripada didekati oleh orang lain. Dia terus lupa cara untuk menyayangi apatah lagi membenarkan dirinya untuk disayangi.

 

"Tuan buang saya tanpa beri peluang kedua kepada saya. Tanpa dengar penjelasan saya. Tuan memang tak ada perasaan! Beku! Kayu!" DIAN HANA.

 

Kemunculan DIAN HANA ternyata mampu untuk menghuru-harakan hidup lelaki beku itu. Disebabkan satu salah faham, Rais terperangkap dalam ulah yang diciptakan oleh Hana. Manakala, Hana menggunakan kesempatan itu untuk kepentingannya sendiri dan akhirnya mereka memilih untuk disatukan demi kepentingan masing-masing tanpa melibatkan sebarang perasaan.

 

"Jadi sampai bila saya kena hidup dengan tuan?" - DIAN HANA.

 

"Soalan yang salah. Sebaliknya, sampai bila kau mampu bertahan untuk hidup dengan aku?" - RAIS LUTFAN.

 

Hana cuba mendekati namun Rais terus menjauhkan diri kerana bagi Rais, hatinya dicipta bukan untuk dicintai atau mencintai.

 

"Jangan terlalu dekat dengan saya, Hana. Awak akan terluka nanti." - RAIS LUTFAN.

 

Mampukan hati seorang lelaki beku dapat dicairkan? Atau tembok ais yang melingkari hati Rais akan terus menebal?

 

"Sekarang, saya dah tahu di mana tempat saya dalam hidup awak. Terima kasih sebab awak ingatkan saya. Hubungan kita hanya atas kertas kan? Jadi biarlah ia kekal sebegitu." - DIAN HANA.

CODE PRODUK: 9789672394044
STOCK: 4 Unit
BERAT: 0.47kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2020 BukuOn9.com . All rights reserved | Design by W3layouts.