Kesatria Melayu (Keperwiraan Bersulam Kesufian) (L41)

CODE PRODUK: 9789672394075

  • Berat: 0.33kg
  • RM28.90
  • STOCK:
  • 1 Unit


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Perjuangan bangsa Melayu tidak akan terpisah soal agama dan juga bangsa itu sendiri. Ya! Pejuang bangsa Melayu itu sendiri sangat berkait rapat dengan soal keagamaan apabila ada pihak ketiga yang cuba masuk campur urusan hal ehwal agamanya. Persoalannya, mengapa penjajah berhempas pulas untuk mengganggu gugat hal ehwal agama bangsa Melayu? Kerana itulah kekuatan yang menjadi tunjang utama kepada sebuah kebangkitan bangsa Melayu. Apabila agamanya baik, dibimbing dengan rapi serta istiqamah dalam amalannya,maka lahirlah pejuang-pejuang bangsa yang bertaraf ulama, wali Allah, pendekar, dan pelbagai bidang lagi.

Bumi nusantara ini subur dengan lembayung sufi yang membentuk akhlak luhur bangsa Melayu dan menggarap jiwa seorang pejuang untuk mempertahankan nusa dan bangsa. Kini, perjuangan bangsa Melayu itu hanya pada harta benda, pangkat, dan juga pengaruh semata-mata. Tiada lagi perjuangan yang bersifat murni kerana agama Allah itu. Soal ganjaran menjadi keutamaan sedangkan ganjaran atau rezeki itu soal kedua mahupun ketiga. Sedarilah,wahai bangsaku! Kita sudah tidak punya masa untuk berfoya-foya, berkhayal di tanah air sendiri sedangkan segalanya tergadai. Apakah kita tiada rasa kecintaan terhadap negara kita yang sedang dimamah rakus oleh musuh. Marilah kita bersama-sama telusuri semula kekuatan bangsa ini agar kembali teguh pendirian, pemikiran serta tindakan kita dalam mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air kita.

CODE PRODUK: 9789672394075
STOCK: 1 Unit
BERAT: 0.33kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2020 BukuOn9.com . All rights reserved | Design by W3layouts.