Bajet Power (L98)

CODE PRODUK: 9789830976419

  • Berat: 0.33kg
  • RM30.00
  • STOCK:
  • Out of stock


  • Pilih Lokasi:



Info Produk

Simpan dan Labur Gaya Orang Muda


Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.

Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.

Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.

Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.

 

Anda perlu memiliki buku ini jika:

* Baru mula bekerja.

* Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik.

* Mahu kahwin tapi belum ada simpanan.

* Belum sempat nak menabung, gaji sudah habis.

* Mahu beli rumah tapi tak pernah ada tabungan.

* Mahu belajar cara mengembangkan simpanan.

* Risau terjebak dengan dosa kewangan.

* Mahu bebas hutang.

* Ingin pelaburan untuk jaminan hari tua.

CODE PRODUK: 9789830976419
STOCK: Out of stock
BERAT: 0.33kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2021 BukuOn9.com . All rights reserved | Design by W3layouts.